Krim anti penuaan yang sering menjadi rebutan kaum hawa kini bukan sahaja mudah dimiliki malah ia seratus peratus dihasilkan daripada bahan semula jadi.
Sekumpulan pengkaji dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak bersama Fakulti Sains, Jabatan Kimia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui sebatian antipenuaan dari pohon manggis.
Ketua kumpulan pengkaji tersebut, Vivien Jong Yi Mian mendapati di dalam pohon manggis terdapat sebatian yang dikenali sebagai prenlylated xanthones, benzophenones dan biflavanoids bertindak sebagai bahan antipenuaan.
Manggis yang dikenali sebagai Garcinia Mangostana dalam keluarga Clusiaceae
memiliki keupayaan anti oksida yang tinggi.Justeru, ia dilihat amat bersesuaian
untuk dijadikan sebagai krim tangan antipenuaan yang bersifat semula jadi.
Selain itu, ia juga memiliki gizi yang baik untuk tangan dan mampu membina
semula serat kolagen baru, mencipta elastin baru dan menggalakkan penciptaan
sel kulit baru.
Krim yang dikenali sebagai Mangostana sempena nama saintifik pohon manggis juga tidak memiliki sebarang risiko kesan sampingan bahan kimia kerana ia dihasilkan secara semula jadi. Hasil kajian tersebut juga memiliki potensi yang besar untuk dikomersialkan secara besar-besaran sebagai produk kecantikan dalam industri kosmetik.

Terlalu banyak khasiat dan faedah manggis dalam membantu menghalang penyakit
jantung termasuk menurunkan cholesterol, menggurangkan tekanan darah,
menggurangkan inflammasi dan membantu menampung kesihatan vascular. Terdapat
banyak lagi faedah dan khasiat yang belum dicatit.
Published by
Herba Sehat Malaysia
SMS/WA/CALL011-365-387-52
Link Facebook
Herba Sehat Malaysia
Herba Sehat Malaysia
No comments:
Post a Comment