Kurma
diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan
yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0
peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57
peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar
secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap
tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali
sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa
tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh
enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma
sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium,
vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan
mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
.
dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik,
dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan
secara sempurna.
Kurma
mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak
balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu
jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara
berlebihan.
Selain
daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.
Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap
penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus
kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk
mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma
sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak
menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma
dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak
kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang
kurma.
Mengikut
pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium
sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini
berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam
binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas
bersalin.
Masa ini, semua lagi mudah. Nak consume kurma tak perlu tunggu bulan suci Ramadhan. Just drink Sari Kurma Al Jazira. Harga sangat murah dengan khasiat yang banyak membawa manfaat untuk anda.
Nak Sari Kurma Al Jazira?
Jom Contact
Herba Malaysia
Call/Whatsapp/SMS
011-365-387-52
pinBB
740ade44
No comments:
Post a Comment