Tujuan utama meminum teh dari daun durian belanda adalah untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.
Walaupun keseluruhan bahagian durian belanda dikatakan mampu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, namun dari pengalaman kami, merawat dengan cara meminum teh dari daun durian belanda adalah cara yang paling berkesan terhadap kebanyakan masalah kesihatan, paling mudah disediakan dan boleh diambil oleh kebanyakan orang.
Malah, sekiranya anda merujuk di bahagian Rencana & Perbincangan Global Mengenai Durian Belanda yang terdapat di tepi laman ini, anda akan dapati ada yang mendakwa telah sembuh dari masalah kanserdengan cara meminum teh dari daun durian belanda.
Ada yang berpendapat bahawa daun durian belanda yang terbaik untuk dijadikan teh adalah daun tua segar yang masih hijau. Namun dari pengalaman kami, ramai juga yang tidak sanggup meminumnya kerana rasanya yang kurang sedap.
Cara yang kami sarankan adalah dengan cara mengeringkan dahulu daun tua segar yang masih hijau tadi di dalam rumah selama 3 hari atau lebih, ia itu bukan di bawah sinaran matahari yang terus.
Contoh penyimpanan daun durian belanda untuk process pengeringan adalah seperti gambar di bawah. Letakkan di tempat yang kering dan bersih di dalam rumah anda.
Sebaiknya daun yang disimpan hendaklah digunakan dalam masa tidak lebih dari 40 hari selepas diambil dari pokoknya. Ini adalah untuk memastikan khasiatnya masih pada tahap yang diharapkan apabila digunakan.
Ada beberap cara untuk membuat teh dari daun durian belanda yang telah dikeringkan tadi. Cara di bawah adalah yang kami sarankan kerana ianya amat berkesan untuk merawat masalah kesihatan dan juga amat mudah disediakan.
Bahan-bahan: (untuk sekali minum untuk seorang)
1) 250 ml air minum.
2) 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan.
Cara-cara:
1) Panaskan air minum hingga mendidih.
2) Bilas daun durian belanda yang hendak digunakan dengan air bersih untuk menanggalkan kotoran seperti habuk dan sebagainya.
3) Gunting halus (lebih kurang ½ cm lebar seperti gambar di bawah) daun durian belanda tadi dan masukkan ke dalam mug yang hendak digunakan.
4) Tuang air yang telah mendidih tadi ke dalam mug.
5) Biarkan teh sejuk / suam untuk diminum.
Untuk dos biasa, amalkan sekali sehari sebelum tidur malam.
Sekiranya anda mencuba untuk merawat penyakit seperti kanser, cuba amalkan 5 atau 6 kali sehari. Pada hari pertama, amalkan 2 atau 3 kali sehari kemudian tambah beransur-ansur. Anda juga mungkin berminat untuk mengikuti "Perbincangan 2" di bahagian Rencana & Perbincangan Global Mengenai Durian Belanda yang terdapat di tepi laman ini (dalam Bahasa Inggeris). NOTA: Kami tidak dapat memastikan kesahihan maklumat mengenai rawatan untuk kanser kerana kami belum pernah berjumpa dengan mana-mana orang yang telah mencubanya.
Kesan rawatan selalunya akan mula dirasai selepas 2 atau 3 hari. Kesakitan akan mula dirasai berkurangan. Jika kesakitan tiada perubahan selepas seminggu, rawatan ini mungkin tidak berkesan untuk penyakit yang dirawat.
Untuk masalah kesihatan yang tidak mempunyai rasa sakit yang jelas seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis, anda perlu memantau bacaan tekanan / kandungan gula dalam darah untuk mengetahui samada rawatan berkesan atau tidak.
Nak minum Daun Durian Belanda dengan mudah?
Jom order Kapsul Daun Durian Belanda, only RM 60
Call/SMS/Whatsapp
Herba Sehat Malaysia
011-365-387-52
Facebook Page
No comments:
Post a Comment