a. Yang Dipilih Para Rasul
Lebih 1400 tahun buah yang berkhasiat ini dianugerahkan
kepada manusia dikenali menurut sejarah. Masyarakat seluruh dunia kini
mengiktiraf buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang
pasir dari Timur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas
keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi
tubuh dan otak.
b. Sejarah
Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular
mengenai kurma yang amat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina
Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di
dalam Al-Quran; (Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya
(pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); Al-Quran [17] Surah
Maryam [Ayat 23]
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah
engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di
bawahmu sebatang anak sungai.” Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya
gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta
bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Al-Quran [17] Surah Maryam
[Ayat 25 - 26]
c. Kurniaan umpama hadiah dari Allah untuk kita
Jika dari sudut logik akal manusia, seorang ibu yang baru
bersalin perlu mengamalkan gabungan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan
kembali kepada si ibu yang kehilangan banyak tenaga dan darah, tetapi kesemua
itu Allah lengkapkan hanya dengan satu jenis makanan yakni Kurma.
Kurma tinggi kandungan Thiamin (Vitamin B1) yang mana
digunakan dalam perawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus.
Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah
sakit tekak, selsema, katar bronkus dan diambil untuk meredakan demam dan
pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu amalan tradisional yang dipercayai
mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan dalam beberapa
rawatan tradisional. Kebiasaannya seorang Ibu perlu berpantang pelbagai jenis
makanan semasa hamil dan selepas bersalin bagi memastikan badan Ibu dan bayi
berada dalam situasi terbaik.
Jika kurma amat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan selepas
bersalin dalam menambah tenaga, darah yang berkurangan dan sistem pencernaan
yang terbaik, sudah pasti ia baik untuk diamalkan oleh semua golongan usia..!
Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan Saidatina Maryam
‘Alaihissalam memakan buah kurma, sudah pasti ia adalah kurniaan terbaik
dariNya dengan berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “bertenanglah
hati dari segala yang merunsingkan..”.
d. Keberkatan
Makanan Pilihan Rasul, Ulama’ & Ahli Ibadah
Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka
puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak
ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud
dan At-Tirmizi)
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
“Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar” (Hadis riwayat
Abu Daud)
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi
s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada
lelangitnya (bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat
Imam Bukhari) “.. maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan
dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
e. Kesihatan & Kekuatan Jasmani & Ruhani
Kurma Menenangkan Perasaan
Di dalam
Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah Subhanahu Wata’ala berfirman kepada
Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “..bertenanglah hati dari segala yang
merunsingkan”. Cuba renungkan bukti saintifik ini yang ditemui oleh mereka yang
pakar;
“Amalan
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab
ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan
yang didapati boleh menenangkan perasaan”. -Dr Suriya Osman¹.
Kurma Memelihara Kesihatan
Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad
Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh ².
- Memakan ruthab dan atau tamar ketika
berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam
badan.
- Penyakit anemia (kurang darah) akan
berkurangan dan tubuh tidak pucat.
- Ketika perut kosong, saat itulah makanan
yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan
diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa
dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan
menyerap di dalam badan sangat mudah.
- Ia berserat tinggi, mengandungi kalsium,
potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas
kolestrol.
- Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit
Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis.
"Dari segi perubatan,
amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu
diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi
zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel
darah merah". Prof. Madya Aslah Zain.
Masa ini, semua lagi mudah. Nak consume kurma tak perlu tunggu bulan suci Ramadhan. Just drink Sari Kurma Al Jazira. Harga sangat murah dengan khasiat yang banyak membawa manfaat untuk anda.
Jom Contact
Herba Sehat Malaysia
Call/Whatsapp/SMS
011-365-387-52
pinBB
740ade44
Page Facebook
Herba Sehat Malaysia
Page Facebook
Herba Sehat Malaysia
No comments:
Post a Comment