Kurma (Phonex dactylifera) atau
Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika
ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai
pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti
secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang
menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali
menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah
sirah baginda.
“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur
untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu
makan“
Al-Mukminah
ayat 19
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan
terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda
Rasulullah SAW
Manakala sudut sains pula
mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat
8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%,
majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah
sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia
perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium,
fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama
kurma?
1)
Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula
ringkasnya (monosaccharide)
yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya
memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza
dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide).
Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum
bertukar menjadi monosaccharide lalu
diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah
kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan
berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum
beberapa teguk air“
Hadis
riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka
puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan
bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam
kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2)
Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu
membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah
antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut.
Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang
tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam
100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk
sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan
Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang
akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita
kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus
sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan
beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot
termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3)
Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya
kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga
tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang
membesar.
4) Baik
untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang
hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat
Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya
menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas
bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia
gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah
Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web,
buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk
melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.
Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang
baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5)
Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma
akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6)
Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji
kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7)
Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten
menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari
berlaku.
Sari Kurma
AL Jazira Only RM 50
Herba Sehat Malaysia
Call/Whatsapp/SMS
011-365-387-52
pinBB
No comments:
Post a Comment