Sunday 6 April 2014

CARA MENCEGAH KANSER

Mendengarkan perkataan kanser sudah pun cukup menakutkan, apatah lagi berbicara mengenainya. Cuba bayangkan jikalau kita disahkan menghidapi penyakit kanser, bagaikan kematian sudah datang untuk menjemput. Walaupun kanser berkaitan dengan risiko kematian, namun kita masih boleh mencegahnya ketika di peringkat awal. Dalam satu kajian, satu pertiga daripada kanser dihidapi orang dewasa boleh dielak dengan amalan pemakanan, gaya hidup sihat dan aktif serta mengawal berat badan. Pengubahsuaian gaya hidup dan pemakanan ini penting, terutama bagi mereka yang berisilo mendapatnya. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah kanser ialah:


                               

·         Tingkatkan tahap vitamin D yang boleh diperoleh daripada cahaya matahari pagi. Tapi elakkan daripada berjemur dari jam 10 pagi hingga 3 petang kerana ketika ini sinaran ultra lembayung paling tinggi.

                                            

·         Kurangkan atau hadkan pengambilan gula dan makanan berproses kerana mengandungi banyak garam.

 
                                            
        
·         Bersenam secukupnya, paling kurang tiga kali seminggu untuk meningkatkan kesihatan dan menurunkan berat badan


                         

·         Makan makanan sihat dan seimbang. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana makanan tersebut mengandungi banyak agen antikanser.


                                       


·         Jangan terlalu bergantung kepada kepada pil-pil vitamin kerana bahan antikanser datang daripada makanan segar. Kemungkinan besar bahan ini hilang ketika sumber makanan diproses.


                          

·         Kurangkan makanan daripada sumber haiwan, sebaliknya lebihkan pengambilan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Serat di dalam tumbuh-tumbuhan mengurangkan risiko kanser usus yang kerap dihidapi lelaki berumur.

                                


·         Kawal berat badan supaya sentiasa berada dalam julat yang seimbang.

                                          


·         Dapatkan waktu tidur yang secukupnya dan berkualiti.


                                          

·         Kurangkan pendedahan terhadap bahan beracun seperti racun seranggga, bahan kimia domestik, dan pencemar udara.


                                         

·         Berhenti merokok! Rokok menjadi penyumbang kepada pembentukan sel tidak normal bagi 10 jenis kanser terutama kanser paru-paru, mulut, bibir, tekak, peti suara, dan buah pinggang.

Herba Sehat Malaysia
011 365 38 52

No comments:

Post a Comment